Thursday, July 16, 2009

Mind Chart Evaluation Principle in TVE

Panduan Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian

Nama Kursus : Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah (Primary School Design and Technology Assessment.

Kod Kursus : RBT3108
Kredit : 3(3 + 0)
Jam Kontak : 45
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Prasyarat : Tiada
Semester : Pertama/Kedua

Hasil Pembelajaran :

1. Membanding dan membezakan pelbagai jenis penilaian.
2. Mengaplikasi kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan
kemahiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
Sekolah Rendah.
3. Membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
4. Membina item ujian bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi Sekolah Rendah.
5. Mengaplikasikan pemarkahan berasaskan rubrik, penilaian melalui
pemerhatian, penilaian portfolio dan penilaian berasaskan
ketrampilan bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
dalam bilik darjah.
6. Mengendalikan Penilaian Berasaskan Sekolah bagi mata
pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.
7. Mentafsir markah dan laporan pentaksiran.
8. Menyediakan laporan pentaksiran yang lengkap dan
sesuai.

Sinopsis :
Kursus ini menekankan kefahaman konsep dan prinsip pentaksiran bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Sekolah Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan pentaksiran dan penilian; pengujian,pengukuran dan penilian; kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran; kaedah menilai dan mentaksir pengetahuan dan kemahiran; pembentukan dan pelaksanaan ujian; perancangan pentaksiran; pembinaan item ujian; analisis item ujian; statistik asas dalam pentaksiran dan penilaian serta pentaksiran markah dan laporan pentaksiran.

This course will emphasize on the understanding of the concepts and principles of evaluation for Primary School Design & Technology subject. Discussion on validity and reliability of evaluation format, types of evaluation and the usage of data & interpretation will be made. Various methods of evaluation, item development, test specification table, basic statistic, marking scheme and mark analysis, interpretation as well as report writing on assessment will be introduced. Alternative evaluation skills for using rubric, portfolio, competency and school based evaluation will also be provided.